LeftBar : Zamdurrani.dumei.com
Untitled
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
  • Katalog Produk
  • Seminar dan Kelas
  • Ruangan Bacaan
  • Foto Galeri
  • Seleksi Video
  • Hubungi Kami
  • Khidmat Rawatan
RUANG MAKLUMAN TERKINI
Selamat Datang Ke Laman Web Sinar Zamdurrani
 
Zamdurrani
 


SINAR ZAMDURRANI ditubuhkan dengan hasrat untuk sama-sama membantu memartabatkan perjuangan syiar Islam, dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti kursus/bengkel/seminar Keagamaan dan khidmat Rawatan Islam dapatlah berkongsi segala ilmu dengan harapan agar bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran Agama Islam, semoga kewujudan Sinar Zamdurrani akan dapat memberikan komitmen yang bermakna dalam usaha menaikkan martabat masyarakat Islam dan menunjangi perjuangan Syiar Islam.

Salam. Selamat Datang ke Laman Web kami, untuk semua pelawat web Zamdurrani, Laman web ini merupakan laman web Rasmi Sinar Zamdurrani (www.zamdurrani.dumei.com)  yang mana tidak ada laman web lain/blogger ataupun face book yang telah dibuat oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjwb sekiranya ada mana-mana pihak meniru atau menambah fakta yang tidak berkenaan bolehlah hubungi kami 017-290 7595/012-3965341


KEMBARA SUFI JEJAK WALI 9 (Wali Songo) Bersama SINAR ZAMDURRANI

Pada September 2013

Kembara Sufi Jejak Wali 9 (Wali Songo) bersama Sinar Zamdurrani

Menjejaki Para Ulama Terkenal Nusantara dalam dakwah penyebaran Islam dan bertujuan mendekatkan diri kita dengan sejarah perkembangan islam di nusantara, seterusnya menyingkap dan mengenali kembali sejarah selain daripada mengenali keunikan budaya dan kehidupan msyarakat islam Indonesia, sememangnya keunikan para wali khususnya wali 9 ini dengan cara pendekatan dan juga penyampaian mereka menakluk tanah jawa khususnya Negara Indonesia dalam perkembangan Ajaran Agama Islam, dan mereka ini disebut-sebut sebagai tunjang utama dan pelbagai kisah yang menarik juga sejarah dari setiap seorang wali ini (Wali Songo) 

Termasuk Kos Penerbangan (Charge Check in Beg 15kg) & Perjalanan Dari Bandung ke Surabaya Indonesia, Hotel, Makan/Minum beserta Buku Jejak Kembara Wali Songo

Kos RM2,550-00 (Seorang)

Untuk Pendaftaran Hubungi

En. Helmy 012-6778139

En. Sam 012-3965341

En. Zaf 012-9441774

Atau SMS Nama Penuh untuk pendaftaran Segera (Tempat Terhad)Daftar Sebelum  (Deposit RM500 bagi setiap pendaftran)

Facebook Rasmi : www.facebook.com/sinar.zamdurraniHQ

 

 
2013-05-10 14:21:21
 
Zamdurrani
 

Berikut adalah Tarikh Rawatan dan Aktiviti Gerak Kerja Sinar Zamdurrani  Bersama Al-Fadhil Us. Sharhan Shafie (Untuk Semua Tarikh Rawatan)  Hubungi kami Ditalian 017-6499818/017-3223365/016-2563617/017-2907595

(Setiap Rabu)  Rawatan juga sesi Kaunseling &  rawatan akan diadakan di pejabat urusan Vellodorm cheras (Bermula pd pkl 11.00 pagi-10.00 mlm> hubungi 017-2907595/017-6499818/012-9441774/012-396-5341/0162563616. (Atau datang terus kepejabat kami di SINAR ZAMDURRANI, 12-1, Dataran Vellodrom Cheras, (Berdekatan dengan Bulatan Bandar Tun Razak, juga Hospital Universiti (HUKM Cheras) Bandar tun razak Kuala Lumpur.)-Sesi perbincangan bersama pesakit akan dijalankan bagi mengenal pasti setiap masalah yang dihadapi, setiap pesakit yang menerima rawatan akan menerima borang kajiselidik untuk memudahkan proses rawatan, sila datang terus pada hari yang telah ditetapkan.  

Tarikh Rawatan Seterusnya :

(Setiap Rabu) Besama Zamdurrani At-Thobibi Rwtn Akan bermula pd pkl 11pagi-7ptg dan sebelah malam pndftaran bermula pd pkl 8mlm-11.00mlm (Di Sinar Zamdurrani 12-1, Jalan Dataran Velodrom, Dataran Velodrom Cheras, 56000 Kuala Lumpur)- Hubungi 017-6499818/017-6861447/012-3965341/017-2907595)

(Sabtu) Rawatan akan diadakan du cawangan USJ, No.55, Tingkat Bawah Jln USJ 21/11, UEP Subang Jaya, Rawatan diadakan pd pkl 8.00mlm-11.30mlm

Aktiviti Seminar/Bengkel/Ceramah Perubatan Islam

Bengkel Rawatan Islam akn diadakan setiap bln pada hari ahad bertempat di Dewan Masjid Al-Husna Bandar Subnway Hubungi 012-6778139/019-2445043

Bengkel Rawatan Islam Akan diadakan diKota Kinabalu, Sabah pd bula jun 2013 untuk pndftaran hubungi atau sms nama penuh anda 012-6778139

 
2013-04-30 02:32:41
 
Zamdurrani
 

Disini kami lampirkan wakil-wakil Perawat Zamdurrani dan alamat Cawangan/pengurusan dan produk  untuk dihubungi ditempat anda

1) Pejabat Utama SINAR ZAMDURRANI No.12-1, Jalan Velodrom, Jalan Dataran Velodrom, Bandar Tun Razak Cheras KL (Rawatan akan diadakan setiap Hari Rabu bermula pd pkl 11.00pagi-11mlm) Hubungi 017-290-7595/017-6499818/012-9441774/016-2563616/012-3965341

2) SINAR ZAMDURRANI Cawangan Subang Jaya, No. 55, Tingkat Bwh, Jalan USJ 21/11 UEP Subang Jaya, Rawatan Akan diadakan setiap sabtu bermula pd pkl 8.00mlm-11.30mlm Hubungi 017-2907595/016-2563616/012-2436973

3) Sinar Zamdurrani Cawangan (Klinik Rawatan & Produk) Sg. Buluh No. 19-G, Jalan Bidara 10, SU3 Saujana Utama, Sg. Buloh, Selanggor Hubungi 019-2445043

3) Ustaz Kamarul Hawadis (Perawat/Wakil Produk) Klinik Rawatan Sinar Zamdurrani Cawangan Batu Gajah Perak, No 2, jalan Pusing 31000 Batu Gajah, Perak-012-6661569/010-4630917/ (Hari Rabu dan Sabtu jam 10pagi-5 petang)/ Maahad Abbasiah Sungkai Perak Hari Selasa jam 10pagi-5ptg. 012-6661569

4) En. Idris -(Perawat/Wakil Produk) Johor Pasir Gudang-013-7062580

5) Pn. Liza (Kedai Buku Freedom & Klinik Rwtn Sinar Zamdurrani Cawangan Parit Raja, Batu Pahat Johor) untuk tarikh rawatan terkini diParit Raja Hubungi Pn. Liza 019-7000366

6) Sri Saujana -kedai Buku Kawasan Gombak (Wakil Produk/Buku) Untuk mendapatkan Produk Dan buku terkini  Hubungi En. Rosli 019-3455303

7) Ustaz Kadir Jalani - (Perawat/Wakil) Kinabtangan/Sandakan-013-8920513

8) Ustaz Hazani (Perawat/Wakil) kinabatangan/Sandakan 019-3905125

 Facebook rasmi : www.facebook.com/sinar.zamdurraniHQ

 
2013-04-18 17:21:10
 
Zamdurrani
 

untuk mereka yang ingin mengikuti kelas dan kursus rawatan Islam bersama Us.Sharhan Shafie SMS Nama Penuh juga No Tel atau H/P untuk kami hubungi untuk pendaftaran sebagai peserta, kami akan maklumkan Seminar/Kelas/Bengkel tarikh yang terkini ditempat anda. untuk keterangan lanjut tentang Bengkel hubungi atau sms kepada No. 017-2907595/019-2445043

Sesi Rawatan

Rawatan Bersama Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie  akan dijalankan pd setiap Hari Sabtu (Mengikut Tarikh yang diberikan) diadakan dicawangan klinik utama kami disubang jaya, No. 69B, Jalan USJ 21/11, UEP Subang Jaya, Selangor  -Harap Maklum-Tk
Hubungi 017-2907595/017-6499818/016-2563617/017-3223365


Bagi Mereka yang ingin mengetahui serta perbincangan untuk kepastian sama ada setiap penyakit yang dihadapi terutamanya penyakit yang disebabkan gangguan (jin)/Sesi Scan Rawatan/Tempat kediaman dan temujanji rwtn bolehlah datang kepejabat Urusan Kami dialamat> SINAR ZAMDURRANI No.12-1, Jalan Dataran Vellodrom, Vellodrom Cheras, Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur.

Waktu Urusan : Setiap Hari Rabu bermula pkl 10.30pagi-5.00 ptg
Hubungi> 012-3965341/017-6499818/017-2907595
 
2013-04-22 15:31:48
 
header : zamdurrani.dumei.com
 
Zamdurrani.dumei.com : MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS
RUANGAN BACAAN
MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS
RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN

Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.

Firman Allah maksudnya::

"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17)

Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An'am 112)

MAKNA PERKATAAN JIN

Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

ASAL KEJADIAN JIN

Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)

"Al-Maarij"
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).

"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."
(Al Hajar 27)

"Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A'raf 12)

KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)

Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.

Dalil Al Quran

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
(Al An'am 130)

TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD

Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.

Selamat Datang Ke Laman Web Sinar Zamdurrani